Pertama kali menaiki perkhidmatan ETS untuk pulang ke Kedah bersempena PRU 14 sedikit teruja. Bukanlah kerana saya tidak biasa menaiki perkhidmatan awam bahkan ia merupakan pengangkutan utama yang selalu saya guna seperti Putra LRT, Star LRT, ERL dan MRT di Lembah Klang.
Namum sedikit berbeza dengan pengalaman menaiki perkhidmatan ETS ini kerana ia merupakan suatu perjalanan saya yang agak panjang menuju utara tanah air. Tambahan pula saya pulang bersendirian kerana Isteri dan anak-anak pulang ke Johor. Isteri mengundi di Dun Kempas dan Parlimen Pulai.
Rasa keterujaan ini sebenarnya ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar untuk pulang mengundi. Oleh itu sebaik sahaja SPR telah menetapkan tarikh mengundi, keesokannya terus saya pergi ke kaunter KTM di KL Sentral untuk membeli tiket. Risau kerana tiket habis dan tak dapat pulang mengundi. Bukan senang nak ambil peluang ini 5 tahun sekali.

Dari segi perkhidmatan perjalanan pula, koc untuk OKU berkerusi roda kebiasannya berada ditempatkan di Koc D. Mungkin kerana ia berdekatan dengan tandas OKU dan bersebelahan kaunter makanan dan minuman. OKU berkerusi roda boleh memilih untuk duduk di atas kerusi rodanya sepanjang perjalanan ataupun pindah ke kerusi penumpang. Saya pilih untuk pindah ke kerusi penumpang kerana dapat bersandar dengan selesanya. 4 jam atas kerusi roda? Ohh tak mampu rasanya...
Selain itu perkhidmatan makanan dalam train juga disediakan. Ia terletak di koc C berdekatan dengan tandas. Akses ke sana juga mudah. Namun ketika perjalanan pulang ke Kedah, terdapat penumpang di sebelah saya menawarkan diri untuk membeli makanan. Saya setuju sahaja. Set Nasi Lemak Rendang dan Milo Panas RM9. Boleh tahan harga!

Keadaan di dalam train agak sejuk, jadi lebih baik sediakan sweater atau bawa selimut sendiri kalau sesiapa yang tak tahan sejuk.
Bagi sesiapa yang suka main handphone 24 jam, di sesetengah kawasan, line internet agak perlahan. Mungkin kerana laluan perkhidmatan ETS agak berbeza dari highway PLUS yang berhampiran pencawang telekomunikasi.
Kesimpulannya perjalanan pulang dengan ETS memang berbaloi dan perkhidmatan yang di sediakan juga adalah terbaik. Rasa tak sia-sia balik mengundi. Tambahan pula kerajaan baru yang memerintah sekarang. Harap lebih baik dari yang lama.
Basri Husin
13 Mei 2018
No comments:
Post a Comment