Saturday, 2 June 2018

PERANG BADAR (BADAR AL-KUBRA)



Tanggal 17 Ramadhan selalunya kita diingatkan dengan peristiwa Nuzul al-Quran. Namun sebenarnya terdapat satu lagi peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar.
Perang Badar (Badar al-Kubra) berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah bersamaan dengan tarikh 13 Mac 624 Masihi di suatu kawasan yang bernama sumur Badar. Seramai 313 orang tentera Islam dari Madinah menyertai peperangan ini, termasuklah Rasulullah s.a.w sendiri sebagai Panglima perang. Sementara pihak musuh dari kalangan puak Musyrikin Quraisy Makkah turun menyertai peperangan dengan kekuatan seramai 1000 tentera termasuk 100 tentera berkuda dan 70 tentera menaiki unta.
Dalam perang ini, pihak tentera Islam mencapai kemenangan besar. Pihak tentera Musyrikin Quraisy telah kehilangan nyawa sebanyak 70 orang, termasuklah ketua tenteranya sendiri iatu Abu Jahal (Umar bin Hisham), manakala 70 tentera lagi ditawan oleh tentera Islam. Pihak tentera Islam hanya gugur (syahid) seramai 14 orang sahaja.
Berikut merupakan nama-nama 14 orang syuhada dalam Perang Badar:
1. Umayr bin Abi Waqqas
2. Safwan bin Wahb
3. Dzul al-Shimalayn bin Abdi ‘Amr
4. Mahja’ bin Salih
5. 'Aqil bin al-Bukayr
6. 'Ubaydah bin al-Harith
7. Sa’d bin Khaythama
8. Mubashir bin Abdul Mundhir
9. Harithah bin Suraqah
10. Rafi’ bin al-Mu’alla
11. Umayr bin al-Humam
12. Yazid bin al-Harith
13. Mu’awwidh bin al-Harith
14. 'Auf bin al-Harith

Gambar ketika ziarah ke kawasan peperangan dan perkuburan Badar pada 10 Mei 2013 sempena Program Penyelidikan UM - Universiti Islam Madinah 2013.

Daripada 14 orang tentera yang syahid ini, 13 orang daripadanya dikebumikan di Badar manakala seorang lagi masih tidak diketahui.14 orang syuhada ini ialah antara orang Islam yang pertama mati syahid melalui peperangan dan pertarungan dengan musuh.






Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran ke atas para syuhada Badar.
Nota: gambar ketika ziarah ke kawasan peperangan dan perkuburan Badar pada 10 Mei 2013 sempena Program Penyelidikan UM - Universiti Islam Madinah 2013.

No comments:

Post a Comment